the loss and grief

 Hari ni 30 Ogos, day 14 ma kembali ke rahmatullah.

Al Fatihah (dibaca).


Mula sakit teruk pada day 1st raya haji, aku mmg tak sangka secepat itu ma akan dipanggil ke rahmatullah. terkejut tapi memang redha since aku mmg doa kalau Allah nk amik ma, mohon amik jangan bagi sakit, jangan menyusahkan dan mohon ampun segala dosa ma. dapat call 4.30 petang 17hb Ogos, time aku tengah rehearsel utk program Live pada 19hb tu nt. balik terus tarik2 je baju dlm gobok pastu pecut.

Sempat sampai pukul 8.15malam. memang aku pecut. xpernah bawak kereta segila itu. Ssempat juga mandikan arwah, pakaikan bedak di muka arwah dan mengiringi ke kubur. aku tak kesah aku sorg je anak perempuan kat situ. semuanya smooth, even sepanjang jalan tadi hujan. kat rumah tak hujan. Alhamdulillah. Selepas tu aku decide untuk cuti smggu, setiap hari spjg 7hari tu ke kubur paginya. Ma slalu tanya sblm ni kalau dia xde nt akan selalu tak ke kubur dia? akan selalu tak sedekahkan untuk dia? cerita pasal mati ni memang dah slalu keluar dari mulut dia sejak tahun lepas. dan hari ni, sepatutnya aku cuti untuk jaga dia. and this week spatutnya aku cuti. turn aku jaga. tak sangka, baru tinggal dua hari dia dah dipanggil Ilahi. Berat kot aritu nk tinggal, tapi sbb ikut giliran, aku nekad dtg kerja. aku ralat bab tu je. mcm "tergamaknya tinggalkan ma sakit" tapi aku cover sendiri dengan bisik di hati "kan nak gilir, bukannya tinggal". cumanya aku tak tau ma redha x aku turun rumah time tu. aku dah bisik kat telinga, kucup dahi dia cakap aku akan balik khamis tu sbb aku dah tinggal ofis 2 minggu. dia diam je.

lain2 aku dah puas hati jaga dia dihujung usia. 

ntah lah. aku mcm tak tau nk berfikiran mcmana. serba tak kena.

masa di tapak perkuburan malam pengkebumian, apa yg terlintas di kepala masa imam baca talkin ialah keseorangan di liang lahad, ditinggalkan keluarga, dan seorang diri menghadap malaikat.semuanya seorang diri. Ya Allah, ampunilah dosa kami.

yang selalu berbicara pasal ma masa dah takde is aku. adik beradik lain mcm senyap tak kata apa. masing2 mls layan perasaan. yang lelaki aku tengok layan perasaan di tikar sejadah saje. 

bila balik ofis, org takziahkan kita, aku just senyum dan terima kasih saje. ada yg cakap aku kuat dan mcm takde apa2 yg berlaku. abistu apa yg spatutnya reaksi aku harus pamerkan? perlu ke aku menangis depan org?

7 hari cukup untuk menghiba. di depan hari apa yg perlu adalah kuatkan hati menghadap liku kehidupan. keseorangan atau tidak, hidup mesti diteruskan. she might be gone from our sight, but not from our heart. be strong aney!