mess

kita akan kelihatan mess bila hilang kawal.

hilang kawalan untuk mengawal keadaan, cara kita berfikir dan kendalikan situasi. kerja, hidup, berkawan, mahupun apa2 disekeliling. terima kasih kepada yang teringat dekat aku walaupun sekadar sekelip mata, ataupun waktu yg lebih pendek dari itu. yang sentiasa ingat apatah lagi.

ada beberapa kekecewaan dalam seminggu ni.

mungkin sebab emosi aku. mungkin sebab keletihan (seperti kata #jiran40pintu). bila dia bertukar menjadi seorang academician, aku akur semua benda dia cakap atau tulis. bila dia menjadi seorang #jiran40pintu, he looks like so caring and lovely. huhu. how cant i dont fall to him (and dont ask me what and when and how this 'fall' would be).

aku rasa aku nk period. tgk dia bersembang dengan 'orang lain' aku mcm slowly undur and turn myself to others. jeles mungkin, atau apakah. sampai dia tanya ok ke tak? hahaha.. teruk betul emo.

semoga kejadian lagi 3 bulan ke hadapan ni elok2 saja.

2020 changes my life 360. and of course i miss ma, a lot.

semoga Allah ampunkan dosa2 ma, cucuri rahmat ke atas rohnya, tempatkan dia di syurga.

amin..

reset

 day 30 without ma around but still and always in my heart.

memories bersama ma, susah senang dari kecil hingga besar ni sentiasa bermain-main di kepala. aku bukanlah anak yang baik sangat tapi sedaya upaya aku dah cuba membantu dan menjadi anak yang berguna. kadang2 gaduh perihal kecik2 tu biasa, fitrah aku yg suka melawan cakap. tapi inshaAllah setiap hari doa untuk kedua ibubapa tidak lupa.

Aku dan ma berkongsi sakit yang sama. eczema. cumanya teruk tak teruk je. A'uzubillah for the cancer. slalu kalau sakit2 biasa mcm demam (aku x selalu demam teruk), mmg dia akan concern. well, bila dah usia 20s ke atas ni, strength datang hanya dengan kata tanya; tanya khabar je. dengan abah kurang sikit. kalau aku batuk kuat sikit, abah just akan suh ma gi tengok. pada aku mungkin sbb bising dan menyusahkan. aku tak suka menyusahkan. 

kisah hidup aku mmg tak smooth sgt. i was and am still struggle to being useful to everyone dalam family. bila yg dah selalu ni, orang kadang mcm ah-takpe-aney-ada, tanpa tanya susah payah kita sbb selalunya kita mcm ok je selalunya. jangan. jangan terlalu selesa dengan org-selalu-ada dengan buat derk je sbb tau dah dia akan ada. kita manusia berperasaan. bukan nak diangkat, tapi....

manusia yang baik adalah yang bermanfaat kepada org lain, terutamanya keluarga. buat kerana Allah, inshaAllah. aku dulu stress jugak sbb my face looked like family abah whom famili aku x suka sgt. Selalu kena buli. bila dah besar2 ni, aku banyak membaca benda2 berkaitan minda. betul weyh reset minda prof muhaya tu menjadi. aku skang tak nangis pun igt kat ma sbb aku reset mind ma hidup tenang di alam satu lagi yg mana kita pun akan ke sana. kirimkanlah doa dan pahala bacaan quran untuk dia. tapi kdg aku banjir jugak, slalunya lepas solat. depan org alhamdulillah lagi stkt ni.

takkan ada org yg akan sayang kita mcm mak syg kita. itu aku percaya. 

semalam #jiran40pintu bercerita psl mak dia nk dtg. aku kdg terfikir dia x sensetif ke dengan keadaan aku yg takde mak ni, asyik cerita pasal mak.tapi pk balik, dia mmg camtu sejak aku kenal dari bulan 1 ritu. positif sgt ke aku ni?

skang smuanya natural. aku memandang semua benda dengan perasaan biasa. 

love all, trust a few.

kbai.