faded?

 aku tak pasti sebab aku PMS ke aku banyak fikir benda yang bukan-bukan.

instinct aku lah lately, mcm that one put a gap for us to communicate. well, aku tau life is a roller coaster. tak selalunya manis-manis. but then, selepas aku query ketulusan hati dia tu, dia macam dah slowly stop. well, slalunya instinct aku ni 50% betul. but i dont know this time.

aku ready dan redho je this time and future. penat.

semoga Allah membantu aku memahami perjalanan hidup aku yang sebenarnya aku rasa simple je, cuma yang complexnya adalah aku.

amin...

tak faham

Hi, today is 6th Dec. birthday abah.
so semalam kita buat vid call reramai wish birthday abah.
padahal birthday harini. mcm biasa family aku, birthday tak celebrate sgt, tapi wish tu ada.

well, actually aku bukan nak tulis pasal abah.
aku nk cerita pasal diri aku ni ha.

pernah tak rasa lost? ye.. dia bukan lost yg mcm hilang arah tak ketahuan tu.
dia mcm tak get feet on the ground. memanglah apa2 kembali kepada Allah.
it is just like org marah tapi ko suh sabar. tak jadi beb. you need to explain more.

well, situasi aku ni. aku tak faham banyak perkara.
tapi diam2 selalunya Allah akan membawa kefahaman dalam pelbagai bentuk. 
oleh kerana things i got attached to tak selalu stay, dia akan jadi tenggelam timbul. 
tak pasti sampai ke tak words aku ni. tapi itulah yg aku rasa.

PKPB semalam dah dilanjutkan tapi syarat pergerakan dilonggarkan. 
aku mmg tau even aku bercuti pun aku xtau nk gi mana. tapi nak bercuti.
aku mcm nk gi bercuti sorang2. try la dekat2 je dulu.
kental ke tidak taktau.

ok, gerak lu. pape roger.

rohani

 you  love in different ways when you know God.

i saw this quote few days ago at IG. betul, kita akan memandang sesuatu dengan perasaan yg berbeza bila kita kenal dan faham cinta yang Allah dah beri kat kita. tapi aku ni kadang2 tak faham juga. susah sikit bila kita nak pujuk diri untuk faham ni. mengaji alQuran, pun kdg2 tak absorb. solat tapi fikiran tak fokus. benda basic ni pun kita susah jgk kadang2. sbb tu org yg baru Islam feeling dia kepada Allah better than kita yg memang lahir Islam ni.

kita memerlukan sentuhan rohani. yes, rohani. 

bukan bleh dapat bila kita sorang2. boleh ke kita dapat dengan membaca dan faham je? boleh ke dapat dengan menonton ceramah di TV saja? 

Didoakan semoga dipermudahkan kehidupan dengan penuh cinta Allah kepada kita sampai mati.

Amin..

his mom

actually, i dont know should i jot down this thing here or not.

but if jadi, benda ni akan jadi kenangan manis. if tak jadi, msti taknak igt.

semalam this guy asked me to drop him at his home since his car masuk bengkel. and i just gave him a hnad sbb dekat je kot umah dia tepi pantai ni je. and i was, ok let's! yang dia dtg ofis satu hal dah staf nampak so buat tatau je (berani bercakap lebih2 tolak SKT hahaha). then dia ckp uturn je lah kat laman umah dia xperlu reverse. pastu tiber "jom lah jumpa mak!". oh mai god aku mcm erk...tapi kalau blah camtu mcm x elok plak. ma slalu pesan hormat orang tua jgn malukan dia nt org cakap ma tak ajar adab. so sis pun masuk lah bersalaman and had little chat. giler mcm nak luruh jantung tapi control je lah.

balik tu sis nangis omg rindu ma. teruk kan. he texted as usual. lately kerap pulak msg. sebelum ni pun daily but not frequent. pagi, then ptg pastu lost. atau kdg petang je.

nak kata nak berbunga dia bawak jumpa mak, previous pun bawak je jumpa mak, tapi biasa je. tapi yg luar biasa "next time mak dtg kita pergi makan sama" omg sis tatau apa dlm fikiran this guy. weyh, jgn la buat surprise tanpa diskas, sis segan.

he, in my thought, has his own charismatic way to make me like him day to day. not that much goodlooking but neat and tidy, not that humorous but still kelakar in his way. yg takleh sangkal he is very criticize but smart. i loike. 

sebagai seorang manusia, mestilah sis sayang.

Ya Allah, please guide us to ur way. Amin..

mess

kita akan kelihatan mess bila hilang kawal.

hilang kawalan untuk mengawal keadaan, cara kita berfikir dan kendalikan situasi. kerja, hidup, berkawan, mahupun apa2 disekeliling. terima kasih kepada yang teringat dekat aku walaupun sekadar sekelip mata, ataupun waktu yg lebih pendek dari itu. yang sentiasa ingat apatah lagi.

ada beberapa kekecewaan dalam seminggu ni.

mungkin sebab emosi aku. mungkin sebab keletihan (seperti kata #jiran40pintu). bila dia bertukar menjadi seorang academician, aku akur semua benda dia cakap atau tulis. bila dia menjadi seorang #jiran40pintu, he looks like so caring and lovely. huhu. how cant i dont fall to him (and dont ask me what and when and how this 'fall' would be).

aku rasa aku nk period. tgk dia bersembang dengan 'orang lain' aku mcm slowly undur and turn myself to others. jeles mungkin, atau apakah. sampai dia tanya ok ke tak? hahaha.. teruk betul emo.

semoga kejadian lagi 3 bulan ke hadapan ni elok2 saja.

2020 changes my life 360. and of course i miss ma, a lot.

semoga Allah ampunkan dosa2 ma, cucuri rahmat ke atas rohnya, tempatkan dia di syurga.

amin..

reset

 day 30 without ma around but still and always in my heart.

memories bersama ma, susah senang dari kecil hingga besar ni sentiasa bermain-main di kepala. aku bukanlah anak yang baik sangat tapi sedaya upaya aku dah cuba membantu dan menjadi anak yang berguna. kadang2 gaduh perihal kecik2 tu biasa, fitrah aku yg suka melawan cakap. tapi inshaAllah setiap hari doa untuk kedua ibubapa tidak lupa.

Aku dan ma berkongsi sakit yang sama. eczema. cumanya teruk tak teruk je. A'uzubillah for the cancer. slalu kalau sakit2 biasa mcm demam (aku x selalu demam teruk), mmg dia akan concern. well, bila dah usia 20s ke atas ni, strength datang hanya dengan kata tanya; tanya khabar je. dengan abah kurang sikit. kalau aku batuk kuat sikit, abah just akan suh ma gi tengok. pada aku mungkin sbb bising dan menyusahkan. aku tak suka menyusahkan. 

kisah hidup aku mmg tak smooth sgt. i was and am still struggle to being useful to everyone dalam family. bila yg dah selalu ni, orang kadang mcm ah-takpe-aney-ada, tanpa tanya susah payah kita sbb selalunya kita mcm ok je selalunya. jangan. jangan terlalu selesa dengan org-selalu-ada dengan buat derk je sbb tau dah dia akan ada. kita manusia berperasaan. bukan nak diangkat, tapi....

manusia yang baik adalah yang bermanfaat kepada org lain, terutamanya keluarga. buat kerana Allah, inshaAllah. aku dulu stress jugak sbb my face looked like family abah whom famili aku x suka sgt. Selalu kena buli. bila dah besar2 ni, aku banyak membaca benda2 berkaitan minda. betul weyh reset minda prof muhaya tu menjadi. aku skang tak nangis pun igt kat ma sbb aku reset mind ma hidup tenang di alam satu lagi yg mana kita pun akan ke sana. kirimkanlah doa dan pahala bacaan quran untuk dia. tapi kdg aku banjir jugak, slalunya lepas solat. depan org alhamdulillah lagi stkt ni.

takkan ada org yg akan sayang kita mcm mak syg kita. itu aku percaya. 

semalam #jiran40pintu bercerita psl mak dia nk dtg. aku kdg terfikir dia x sensetif ke dengan keadaan aku yg takde mak ni, asyik cerita pasal mak.tapi pk balik, dia mmg camtu sejak aku kenal dari bulan 1 ritu. positif sgt ke aku ni?

skang smuanya natural. aku memandang semua benda dengan perasaan biasa. 

love all, trust a few.

kbai.

the loss and grief

 Hari ni 30 Ogos, day 14 ma kembali ke rahmatullah.

Al Fatihah (dibaca).


Mula sakit teruk pada day 1st raya haji, aku mmg tak sangka secepat itu ma akan dipanggil ke rahmatullah. terkejut tapi memang redha since aku mmg doa kalau Allah nk amik ma, mohon amik jangan bagi sakit, jangan menyusahkan dan mohon ampun segala dosa ma. dapat call 4.30 petang 17hb Ogos, time aku tengah rehearsel utk program Live pada 19hb tu nt. balik terus tarik2 je baju dlm gobok pastu pecut.

Sempat sampai pukul 8.15malam. memang aku pecut. xpernah bawak kereta segila itu. Ssempat juga mandikan arwah, pakaikan bedak di muka arwah dan mengiringi ke kubur. aku tak kesah aku sorg je anak perempuan kat situ. semuanya smooth, even sepanjang jalan tadi hujan. kat rumah tak hujan. Alhamdulillah. Selepas tu aku decide untuk cuti smggu, setiap hari spjg 7hari tu ke kubur paginya. Ma slalu tanya sblm ni kalau dia xde nt akan selalu tak ke kubur dia? akan selalu tak sedekahkan untuk dia? cerita pasal mati ni memang dah slalu keluar dari mulut dia sejak tahun lepas. dan hari ni, sepatutnya aku cuti untuk jaga dia. and this week spatutnya aku cuti. turn aku jaga. tak sangka, baru tinggal dua hari dia dah dipanggil Ilahi. Berat kot aritu nk tinggal, tapi sbb ikut giliran, aku nekad dtg kerja. aku ralat bab tu je. mcm "tergamaknya tinggalkan ma sakit" tapi aku cover sendiri dengan bisik di hati "kan nak gilir, bukannya tinggal". cumanya aku tak tau ma redha x aku turun rumah time tu. aku dah bisik kat telinga, kucup dahi dia cakap aku akan balik khamis tu sbb aku dah tinggal ofis 2 minggu. dia diam je.

lain2 aku dah puas hati jaga dia dihujung usia. 

ntah lah. aku mcm tak tau nk berfikiran mcmana. serba tak kena.

masa di tapak perkuburan malam pengkebumian, apa yg terlintas di kepala masa imam baca talkin ialah keseorangan di liang lahad, ditinggalkan keluarga, dan seorang diri menghadap malaikat.semuanya seorang diri. Ya Allah, ampunilah dosa kami.

yang selalu berbicara pasal ma masa dah takde is aku. adik beradik lain mcm senyap tak kata apa. masing2 mls layan perasaan. yang lelaki aku tengok layan perasaan di tikar sejadah saje. 

bila balik ofis, org takziahkan kita, aku just senyum dan terima kasih saje. ada yg cakap aku kuat dan mcm takde apa2 yg berlaku. abistu apa yg spatutnya reaksi aku harus pamerkan? perlu ke aku menangis depan org?

7 hari cukup untuk menghiba. di depan hari apa yg perlu adalah kuatkan hati menghadap liku kehidupan. keseorangan atau tidak, hidup mesti diteruskan. she might be gone from our sight, but not from our heart. be strong aney!


why

aku selalu perasan yg aku selalu menegaskan tak puas hati dan menagih support dalam mesyuarat.
bila pikir balik, why aku so stress? - sebab semalam tiba2 spoiled by mesej pagi2 yg menyemakkan.

huhu.

pelangi petang

last two weeks memang hari yang menyemakkan kepala dengan masalah orang lain.
dan juga masalah kerja-pencapaian etc. i was so nerve sbb KPI tak capai. life seems so miserable.
time tu plak pandai gi set time nak jumpa kan, memang aku hampir terbanjir depan dia lah kan.
esoknya tu dia datang bawak bubur ke rumah. melting kejap sis.
tapi terserempak plak ngan abang. huk aloh, memang gempar sekejap hati sis.

kerap plak jumpa lately.
aku tau dia bz, and still making effort to spare his time for me and i am very grateful to God for having him currently. tak pasti dia akan stay in my life or not, macam yg sebelum2 ni yang hanya pelangi petang. only Allh know how i am really want him to stay. even he is always with his muka ketat, no expression, but still full with advise and thoughtful words. always saying that he is the most complicated person among his circle, and no one could understand him. (well, uhurm..hello...! what the purpose of me by the way...).

"saya ada boleh bantu".
the words killing me since those words keep replay in my life, with different ways. orang yg cakap nk ada dengan kita tu just at the temporary momento, dan disappear with time. faded camtu je. as time goes by, kita yg terbiasa buat semua benda sorg2 ni akan mudah falling on lah kan once orang offer a hand..aku ni mudah cair sket.

aku tengah mengajar hati untuk take this as positive as i could, kuatkan hati. pelangi petang ni kalau Allah nk tarik tak sampai sekelip mata. tambah2 untuk yg fragile mcm ni. omg. let me prepare first.

RMO day 34

sepanjang pekerjaan aku di tempat baru ni, since 2013, ni lah first time aku clock in lambat.
dah terjaga masa alarm berbunyi.
pastu tiber terlelap, tjaga dah 8.10pagi.
omg, my bad. time2 lockdown camni dia boleh jadi camtu.

kerja banyak, tapi dua tiga ari ni malas giler.
esok kena ngajar online. tak prepare banyak. belom.
jumaat ni dah ramadhan.

know what, last 2 days, we 'planned' to prepare for ramadhan shopping.
aku xtau sbnrnya xbleh eh kuar and sembang dalam mart?
mungkin sbb tu dia nak cepat2. aku mmg xde nk beli banyak.
even tu sbnrnya idea aku. hmm..atlast, aku yg mcm tak puas hati.
dia tanya jugak "ok ke tak tadi?" ..aku naturalkan je.

pastu aku xtau lah sbb bz ke ape, dah xde modal nak sembang.
semalam tak msg beb sbb dia kata akan super bz.
spjg lockdown sbulan smlm je ari tak msg. arini taktau.
esok kena msg sbb kelas.

aku ni stress ke apa sbnrnya? huhu.


RMO covid19 things

Memang betul lah kan.
Women, with all the thoughts and complicated things. Haha..typical kan.

Masih tatau mana hala. Since skang RMO, daily conversation keep us attached. Hopefully lah berpanjangan since masing2 sorg dan work from home keep us bz dan dia mmg lg bz dari aku. Nak adapt bz dia tu takes time sket. So far, ok.

Aku ni byk pk sbb sblm2 ni pun dalam takut2 kena jugak..dlm bjaga2 still kena. Sbb tu ikut flow je.

Dlm2 ikut flow, ade sedikit hope.
Aku tggu bulan 9. Kalau xde pape bulan 9, aku naturalkan je.

Wish me luck guys!

fancy

now i dont know sape minat sape dulu ni.
it is weird to talk about this in this middle age, well, we are going forties kan hahaha.
org tua bercinta lain maciam sket.
aku taktau ni kategori bercinta ke apa.
tapi yg penting aku dah mula suka.
omg.

smlm dia duk citer psl org2 yg fancy dia.
aku layankan je and last aku ckp.."tapi yg penting diorg smua tak pernah dinner myKori dgn dia kan..yeay saya menang!" hahaha.
and he just "HAHAHA yesss".
aku tak tau lah sejauh mana.
dan aku rasa dia pun dah try hard dah untuk spare times texting and kuar dgn aku tu.
since katanya tak layan semua yg fancy2 dia tu.

i dont know how far this thing will go, but i wish Allah grant me things for good.
nothing is coincidence, all written in the stars, right.
aku pun x sgka aku bleh lepak dgn dia skang haha..

yes, i hope for good.

tired

...and i have decide to advise myself to stop.

what should

i dont know whether:

i should give up and wait,

or

i should work some more and catch.

i just do not know.
but i keep tercari-cari kalau takde.

what should actually i do.
huhu.

takbest

baru dpt berita yg tak best.
ye, ni psl keja.
tak best sbb kita committed kemain. abeskan kelas awal2 pegi bagi guide etc.
pastu dia kata kita bagi keja susah kat org tu.
eh, helo, staf i level spm tu pun bleh buat keja tu.
i tak berbunyi pun sape yg x commit. yg datang itu je lah yg buat.
bakpe plak tiber nak slhkan i.

tak suka!

pastu yg dia ni plak duk gelakkan aku.
kan dah mendapat.huh.

oh my

terasa terpampered sgt lah plak lately.
adei, sis ni bkn boleh, kuat berangan.
i dont know sampai bila (sbb tak pernah lasting lama omg hopeless).

i am at the stage of amaze semua benda dia buat, termsuk research articles dia.
kagum.

takut beb, sbb lps ni kang nt teringat2.
tertunggu2.
huhu.

since

13hari berlalu dari first texting yang berlanjutan.
giler, aku count weyh.haha.
proses taaruf in memang ada turun naiknya memandangkan aku ni yg banyak mood.
dia x salah pun, gentle je.
smalam selisih, aku kemain gelabah. dia rilek je weyh haha..
over thinking betul la sistahhh!

doakan yang baik2.
fasa mood swing sminggu dua ni.
semoga baik2 aje. smoga aku dapat control.
semoga lah semuanya.

*************
malas nk buat entry lain.

semalam kluar tea time sesama ngn kwn dia jugak.
dinner bagi aku.
rupanya depa just teman.
conversation sedikit kerana memasing bz.

hmmm.. perasaan dan perasan je kot, kan..
tggu lah next text ..
aku ni mcm2 lah.huhu

surprise 2020

actually Allah gave me surprise, again.
well, after 2018 (which i ended myself the "ship"), here Allah replaces, well i dont know, better or etc. kenal dah lama but 2 days ago, igtkan dia salah send text.
2-3 kali belek msg.. tanya2, mmg dia nak text.
tatau la nak terkejut atau nk tergelak atau excited.
slalu sis yang lari2 kalau bertembung dgn dia sbb tatau nk sembang apa.
polite sgt, sis lg 'macho'.

bersangka baik. Allah nk bagi teman sembang.
Kita tengok few days after, masih atau tidak.
kdg org ni mcm2 khennn..hehe.

sambung ***

smlm dia ajak lunch ngn kwn dia (yg jugek kwn sis).
sbb kwsn tu jauh, dan sis ada keja, terpaksa tolak.
sbb offer tu valid sblm bulan puasa so, kita simpan untuk claim nxt time haha.
k bai.