Umrah 2023: Part 1

 Umrah.
Nak cerita pasal perjalanan Umrah 25 Januari - 4 Februari 2023.

Tahun 2022 aku dah ada niat nk pergi umrah.
Dan betul lah apa yg dikata apabila kita dah berniat yang lain-lain tu dia akan datang sendiri. nak pergi dengan famili sendiri semua ada commitment. lagi trigger nak gi bila kawan2 ade yg pergi DIY. mcm nak putus harap. tapi one of myfren, Jema tanya nk ikut famili dia tak. bila aku on je, semak dengan agent dia, dah full. pulak dah. pastu aku mcm, tak pe lah. kalau ada rezeki, aku akan follow je lah sesiapa nanti. so the niat ditunda dengan harapan.

pastu one day, Ina mesej tanya nak ikut tak, dia nak pergi dengan dura. dura dah cari semua blaa..bla..just prepare apa yg patut je. so aku pun setuju. see..aku rasa kalau dah ada niat, semua tu akan datang sendiri.

jadi bermula lah aku mencari celah lubang mana bajet yg ada. yg ada paras2 hidung saje. cari punya cari, ade lah sikit2. aku tawakal je, rezeki Allah nt insyaAllah ada. kena percaya saja. jangan buat cemas tak tentu pasal. selain dari harga pakej, isu kos utk travel, bukan hanya umrah, adalah merangkumi persiapan (lain laa kalau jenis kat Malaysia pakai jubah sentiasa, tudung ready to solat, ecetra2). Semak passport pula dah expired, kena gi renew pula, cucuk vaksin, tiber amik gambar passport background putih, dan sebagainya. Mana-mana nk buat persiapan, google checklist apa nk bawak, termasuk ubat-ubatan. ubat travel sickness jangan dilupa (omg yg ni aku mmg lupa aritu..huhu).

ok, lepas dah confirm dari segi bajet, pastu bila dura btau nama agent tu Ikhlas.Com. aku macam "errr..tak pernah dengar pun"..takde lah aku cakap ngn dia. tapi aku percaya lah mesti dia dah buat research dan study dlu, dia pun nak spend ribu riban jugak kan. company ni bawah Air Asia. berminggu jugak weyh nak yakin. aku semak MOTAC-Umrah, semak nama agent. tenung website dia semua. aku cari2 testimoni tak jumpa tapinya. scary tapi tawakkal. dan kalau family tanya kena prepare lah beberapa jawapan. dan memang ye, bila aku cakap kat abang aku soalan pertama bawah company gapo tu? bakpo x gi dengan itu ini bla..blaa.. sbb isu kat media yg tipu jemaah gi haji aritu la kan. itu baru abang, kakak, abah dan pokcik2 aku pun ade tanya dengan curious, tapi aku tawakal je lah. aku yakin dengan dura sbnrnya haha. yakin jugak lah dengan Allah.

so untuk payment dia ade 3 kali pembayaran. deposit RM 500, pastu separuh, then sparuh dari pakej. oh satu lagi, melihat kepada pakej Hawa tu dinyatakan hari sekian-sekian, pastu semua memang ladies tak perlu mahram, dan ade la aktivti shopping dan ziarah yang kita ladies akan rasa ok dan happy di samping nk gi beribadah kan. so, lagi tertarik. the pakej cost RM 7, 990. 

cerita pasal payment, 2 minggu nk pergi tu ada isu harga hotel sana naik. pastu kita nervous dah ni. dalam hati ni, kalau naik banyak aku x pergi dah. takkan nak meminjam bagai..kan..tapi takde isu tu. cuma sminggu nak pergi tu agent ade btau pasal tarikh yg nak pergi (pada awalnya) 1 februari tu ade isu..flight balik xde. jadi dia bagi tarikh 25 januari atau 14 februari. dua2 tu decide nk gi awal. aku dah cuak, tapi aku tawakal ikut je lah. 

sebenarnya isu cuak tu sbb aku dah atur period dengan klinik sini. by the time nk pergi 1 feb tu suppose aku clear period. lagipun aku duk delay2..masuk januari baru aku gi klinik sbb period aku tiba delay. stress macam2. tapi skali lagi aku tawakal.

memang weyh, aku memang tawakal je spjg kisah umrah ni. berserah dan bersangka baik je. jangan nak salahkan sesiapa. diri sendiri yang jahil.

bila dah diawalkan tu, lagi kalut la. aku ni ibadah persediaan ntah ke mana. duk beli barang2 je. kursus umrah pun online sekali je. lain2 aku baca buku sikit2 dan tgk youtube je. aku sbnrnya duk harapkan buku panduan dia nk bagi tu kununnya, at the end, memang gone aku google stiap kali ibadah yg aku x reti. bak kata ustaz Don, semua tu ibadah fizikal, cuma ade je doa utk panduan.

beb, tukar tarikh tu sbnrnya tukar pakej skali oke. so aku dapat refund lepas balik tu RM 500...memang tawakal sungguh. dia bagi la bag 2unit, bag sandang dan bag slipar. aku ok je sepanjang pergi sana. nanti sis story jugak apa kisah2 di tanah haramain sebagai tatapan masa depan. oh satu lagi, semua persiapan dan perbincangan dengan travel agent ni smua online, kursus umrah pun online..kalau mak2 ni memang agak sukar lah nk lepas. itu pun pakcik aku suh gi tengok ofis dan orang yg deal tu depan2. aku macam insyaAllah oke kot. hehe.



Rombongan yg datang hantar pun sedih lebih2. aku nk gi umrah je lah. hehe.
Pengalaman umrah sememangnya suatu yg di luar bayangan aku. sebagai umat Islam yang semua mengimpikan datang ke tanah suci, aku sampai termimpi2 berada kat sana seminggu selepas balik 4hb tu. aku memang ke sana tinggalkan semua kisah kerja, kisah nak berhias semua (tapi takde la sampai comot), kisah duniawi lah pendek kata..

semuanya rahmat Allah. tiada yg akan berlaku di luar pengetahuan Sang Pencipta Yang Maha Mengetahui. memang semua yg dah pergi sana berharap akan pergi lagi. so am i. Semoga dijemput lagi sebelum mata kabur, kaki tak larat, energi faded.. May Allah bless.


Labbaykallah humma labbaik....

..(bersambung).