kena langgar

 semalam kena langgar belakang kereta bumper jatuh tapi x teruk. cuma calar dan buruk dah nampak.

aku tatau apsal aku mudah sangat smlm, mgkin sbb penat.

amik no phone je, terus aku balik.

pastu baru nak fikir.


masa susah camni mencari kawan2 utk tenangkan. dan seperti biasa, kawan yg diharapkan sememangnya dia buat tatau je. patah hati betul.

sememangnya kena survive sndiri.

semoga Allah permudahkan. Aminn.

Penantian

 mood swing pagi2 ni.

masa mood tak berapa nak elok kita memang cari kawan. bukan nak suh dia solve apa. nak suh duduk atleast makan sama-sama. atleast ada depan mata. bercakap dengan kita. and show some concern.


tapi tu la. adakah ini mengada?

kadang kita tak mintak banyak. itu je yg kita minta.

itu pun tak boleh.

dah tatau nk rely dekat sape.

tu je nak tulis.

tahun baru

 pejam celik dah 2022.

dah bertambah umur, bertambah usia, makin sikit2 Allah tarik nikmat agar sentiasa ingat Dia.

Bila bercerita tentang nikmat, boleh relate dengan ma sedikit sebanyak, sbb arwah je orang paling dekat dengan aku, yg nampak susun hidup dia dari skop mata aku yg terhad ni. Bila satu tahap akan cepat penat, cepat mengalah, mata dah kabur, makan dah kurang selera, nak pergi mana-mana takde keinginan. 

aku ni sbb takde geng nak buat apa2 xtvt, jd malas. jadi semua benda terhad. kalau contoh arini plan nk gi window shopping mall, tiba2 boleh je cancel sbb fikir sama saja sbb seorang jugak, baik duk rumah je. 

rasa excited tu boleh jadi tak excited. dalam sekelip mata sahaja.

#lonelymadness

kelmarin ada seorang kawan ni dia ke Mekah. dia tanya nak doa apa. mulanya aku ni susah nk cakap, segan pun ade. tapi aku senaraikanlah juga. semoga dengan ikhlasnya dia bertanya dan berdoa utk aku, akan dimakbulkan doa tu.

kehidupan yang recently 'alive' selepas ma takde, tiba jadi kurang gembira. aku tengah motivate diri aku, untuk fokus pada yg ada, jangan kejar benda xde.

begitulah hidup sekarang.