kebesaran Allah
pagi sesudah sarapan pagi dengan Openg dan Farihah, Kak Norme menelefon utk bersama-sama mendengar Motivasi Pagi dari Prof Kamil Ibrahim, Mantan Rektor kami..beliau yang menyambut 'kedatangan' saya ke kampus ini.menyaksikan Akujanji saya sebagai penjawat awam.
'Ingat Allah dalam setiap apa kerja yg akan kamu lakukan.'
itu pesan beliau dulu. 4 tahun lepas.
sesudah hampir setahun beliau di Madinah sbg Pensyarah Universiti Toyyibah, Madinah, beliau pulang berdakwah di tanah air sndiri. sbnrnya dalam bercuti menziarah sanak saudara sblm kmbali lg ke sana.
di kesempatan itu beliau singgah di Segamat ini untuk memberi ceramah.
hiba. itu sahaja yg mampu saya lafazkan..
ia bukan sekadar ceramah motivasi, ia satu insprirasi..
hampir beberapa kali air jernih di kawasan tubir mata ini menitis dan susah dikawal utk ditakung lagi..
sungguh saya rasa kerdil.
sungguh rasa Allah itu Maha Pengasih.
sungguh rasa sayang Allah kepada kita sbagai umat tidak pernah sesaat pun terputus.
walhal kita bukan sntiasa setiap hembusan nafas mengucap syukur kepadaNya.
Ampunkan kami Ya Allah.
Ampunkan aku yg lemah dan tidak kuat ini.
harapan aku hanya satu Ya Allah, berilah kekuatan untuk aku mengerjakan amanahMu Ya Allah.
dan hembuskan istiqamah di setiap perjuangan itu Ya Allah.
berikanlah 'pemimpin' hati yang baik.
berikan petunjuk dan hidayah kepada kami untuk menujuMu Ya Rabbal-'alamin.
mudahkanlah perjalanan ini Ya Allah.
Sesungguhnya Engkau yang sentiasa berada dengan kami ini tidak pernah mengabaikan kebajikan kami.
hanya kami ya Allah, lalai.
ampunkan kami.
ampunkan kami.
ampunkan kami.
ampunkan kami.
jangan Ya Allah Engkau putuskan nikmat yg telah Engkau berikan sebelum ini,
berilah petunjuk dan hidayah kepada kami.
supaya kami tergolong dalam orang2 yang berfikir dan menghayati nikmatMu.
saya sangat bersyukur saya di kalangan org terpilih untuk hadir pada majlis ilmu itu tadi.
harap ia menjadi petunjuk yg tidak pernah akan padam..
aminn...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
dah tekan kena laa tulis.