hai, baru nak sambung cerita 😊.
24 Januari 2023, Selasa, bergeraklah aku ke KLIA 2...dihantar oleh kakja dan anak2, dan Arif. kat sana jumpa dgn kawan2 berlima tu. flight pkul 4.30 pagi Rabu. ada drama sepanjang perjalanan KLIA 2 ke Jeddah tu. aku nya lupa makan ubat travel sickness. ubat mmg dah letak dalam bag, nk tunduk amik beg pun tak boleh weyh. aku tahan je 9 jam. nk tdo pun tak boleh sgt. biasa lah Air Asia X, jarak antara seat pun terhad. orang lain suka je duk sblh tingkap, aku mmg gayat fikir mcm2. pening yakmat. Alhamdulillah orang sebelah sangatlah baik, tolong urut ketuk2 blakang. aku mmg pegang minyak angin je spjg pjalanan. segala jenis doa lah aku baca. dengan period plak tu. semuanya menguji kesabaran.
Dia ada bagi meals dua kali. aku makan sesudu dua je. rasa macam Allahuakbar membazirnya. dalam flight tu ramai orang, separuhnya warga indon. dalam kepala aku fikir Allahuakbar semua orang mempunyai kisah masing-masing untuk ke tanah suci. mungkin ada yg bergolok bergadai, ada yang menyimpan seumur hidup. masing-masing dengan their own struggles. dan aku, yg macam ni strugglenya tak seberapa ni, nak argue nikmat apa lagi? best sebenarnya sbb semua macam tawaduk je, nak gi beribadah kan.
aku rasa sepanjang kisah perjalanan ke Haramain ni, semuanya berkisarkan sabar, dan tawakal. kerana keduanya amatlah susah untuk aku in person. biasa la, lain orang lain ujian. tapi kan, Allah tu Maha Baik, dia bagi crowd yg membantu sangat.
Sampai je ke Jeddah, xde la kena beratur panjang sangat. Alhamdulillah sesampai je aku rasa nak jerit Alhamdulillah Yeay Sampai!!! Alhamdulillah juga boleh bangun berjalan selepas mengharungi pening mabuk naik kapal terbang (biasa laa kita orang kampung hahaha). Mutawif bagi meals lagi sebelum bergerak ke Madinah. Naik bas persiaran, dalam 6 jam. berhenti kat R&R utk solat, dan refreshment, dan teruskan perjalanan.
Tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata perasaan berada di bumi madinah. bumi dirahmati, bumi di mana Nabi Muhammad pernah berada di sana. Tak habis2 aku berterima kasih kepada Allah kerana jemput aku. Alhamdulillah.
Di Madinah kitorg stay sehingga 30 Januari 2023, Isnin. Sepanjang tu juga aku period. MasyaAllah. sempat la jugak solat di Masjid Nabawi separuh hari 30 Januari tu, sebelum gerak ke Mekah. Itu pun aku xtau nk describe camana. Allah saja tau. Aku siap mintak doa kat Allah melalui Rasulullah (dapat ajaran dari blog siapa ntah). sedih tau bila aku ikut kawan2 gi solat subuh tapi duk luar masjid, waktu lain aku duk pusing masjid. ade la jgk Allah datangkan idea sedekah kecil2an semampunya. selepas sedekah tu aku terserempak dengan jemaah kat lif yg bawak satu plastik besar goodies yg dia dah pack dari msia siap2. jadi terlintas di fikiran alaahai sedekah aku sikit sgt nk dibanding dengan diorg.
beribadah kat Masjid Nabawi dan Madinah terasa tak puas. hari last kat Madinah dah boleh solat. orang tak heran kalau kita solat dan mengaji dengan berjuraian air mata dlm masjid tu. semua faham. berbual dengan orang turkiye guna apps since aku gi sorang je ke masjid, dura ngn ina gi kendian. aku gi jugak kat pintu 33, kat laluan Raudhah, tengok orang bersesak. sebab dah pakai apps mmg tak dapat la nak masuk, dah lepas tarikh. ade je orang cerita kat blog masuk redah camtu je. tapi x berani, aku tgk dari jauh je dan berdoa smoga boleh datang lagi masuk raudhah dan berdoa+solat sunat macam orang lain. kadang terlintas jugak benda2 negatif, tapi aku yakin dengan Allah. takde apa yg berlaku bukan dengan izin Dia. Kalau kat tanah air period itu biasa saja, masakan di tanah suci period itu kira orang2 berdosa? takde ke orang arab datang period kan? tuhan saja tau aku mandi wajib setiap waktu solat, kira kosong je pad terus mandi kau..tiba ada, mandi lagi. last2 kan memang camtu kalau kat sini pun. terpaling banyak mandi wajib ialah kat sana.
Madinah bumi yg tenang. sejuk dan menyenangkan. orang ramai tapi tenang. xdapat nak gambarkan camana dan mmg tak sama dengan mana2 tempat yg pernah aku jejak. Bertuahnya aku dapat sampai sana. moga dapat datang lagi time sihat. boleh beribadah mcm orang lain. semua ke sana dengan satu niat, ziarah rasulullah dan solat dengan berganda pahala. Idura celebrate bday di Madinah. kita celebrate dengan kek yg sememangnya berbeza rasa dgn tempat kita. telan je lah durt.
dalam pukul 3 petang bergerak ke mekah dengan pakaian ihram sbb nak lalu tempat miqat. i was blessed bila naik bas semua jemaah dlm group tu peluk (yg pmpuan je la) bila tau aku dah dpt solat. Allah sayang. Alhamdulillah, kerana tujuan utama ialah umrah. terharu laju2.
dengar talbiyah menuju Mekah, sayu dan kagum dengan kebesaran Allah. gentar hati beb. lain feeling dia.
next nak cerita pasal ke Mekah plak. supaya boleh baca kendian hari dan ingat kisah ni, mengimbau kehidupan.
No comments:
Post a Comment
dah tekan kena laa tulis.