Sebelum lupa, meh kita cerita pasal perjalanan ke Mekah.
Perjalanan dari Madinah ke Mekah amik masa dalam 5 ke 6 jam. aku tak pakai kain telekung lagi tapi pakai jubah seluar putih sesiap. kita akan lalu miqat Bir Ali. berapa kali tersengguk sebelum sampai. dah gerak pun petang, mmg sampai kat Mekah dah waktu isya'. aku x pening mabuk bas sepanjang perjalanan. tapi bila sampai Hotel Al Miqat Ajyad tu, bas stay condong lama sgt sbb tunggu bas2 lain que nak turunkan penumpang, memang turun2 tu terus muntah tepi jalan. jakun overload.
ustaz bagi masa 2 jam untuk bersiap sebelum kita buat 1st umrah. so naik hotel, makan sikit, pastu aku mandi wajib skali lgi nak betul2 bersih dan yakin. ingat kita dalam ihram, jadi mandi wajib tu jangan nak gosok gambut beria, skadar lalu dan yakin. banyak jugak tengok utube ceramah kata ustaz don jangan kau tilik kat towel, kat saluran air semua mana rambut kau gugur. jangan sikat rambut. ok settle smua tu kita berkumpul depan masjid, nak masuk buat tawaf kena tunjuk apps Nusuk tu. mcm booking kita masuk pukul berapa. beb, aku kagum dengan doa supaya dapat jaga wuduk. memang sepanjang tawaf kita ok takde rasa nak terbatal wuduk walau 7 round. since pakai telekung xda lah nak bersentuh tanpa berlapik dengan bukan mahram. berasak tu ade lah. cumanya mutawwif yg bawak kitorg tu, dia tak guide sgt. dia hanya cerita pasal niat yg wajib2 je, pastu tawaf then solat sunat tawaf, berkumpul di pintu mana kita nak gi saie. mungkin dia taknak tambah stress nervous dan anxiety kot haha. tapi dia ckp la kalau bersentuhan pun kita pakai mazhab lain yg membenarkan tawaf je sampai sudah. cuma nak solat tu kena amik wuduk lah. saie lagi la mudah xde apa2 rules, cumanya aku xde sediakan doa since pakej lama yg aku amik previously dia kata nak bagi buku doa. terkial2 mencari doa dlm phone.
siaplah first umrah untuk diri sendiri pada waktu malam 11.30, 1 februari 2023. takleh gambarkan perasaan happy time tu. x leh imagine juga kalau time tu xleh solat, mmg kena gi cross miqat seorang diri. omg Allah masih sayang.
Dekat je hotel tu dengan masjid, cuma masjid tu ada banyak pintu. kadang konpius. orang smua ingat aku orang indonesia-jawa. takde pulak yg kata aku dari vietnam / philiphines. haha. sembang dengan diorang mcm2 terlintas di fikiran. raikan je pelbagai mazhab di sini. ade yg solat tak pakai stokin, rambut keluar2, solat sambil dukung anak.macam2 cara ekspresi ibadah semuanya kepada Allah yang Satu. kalau tengok yg tua2 dan tak larat (pada kita), insaf, apa je alasan kita utk tidak beriman kepada Allah. Aku stress bila ade member btau gi umrah belum tentu masuk syurga. Ya benar, tapi apa input yg kau dapat kat sana yg boleh kau bawa sepanjang hayat kau itu adalah paling perlu, pada aku. penzahiran yg kita ni Islam, mampu kan. kalau tak mampu lain cerita, atau ade niat tapi belum dapat seru. jangan plak condemn orang yang ke sana. diam2 saja lah.
So sepanjang di Mekah, boleh solat seperti orang lain. masa begitu cepat berlalu. orang memang ramai, tapi yakinlah ade tempat untuk kita dalam ramai2 orang tu. makan kat hotel seriously tak menyelerakan, makan sekadar isi perut saje. sbb tu boleh solat badan ringan semua. minum air zam2 je sepanjang kat sana sbb free flow. ade jugak mintak ina temankan gi DSaji kat dalam mall tu, tapi ye lah, orang takkan nk teman kita hari2. aku beranikan diri je pergi sorang.tawakal saja. padahal akulah insan paling takut jalan sorang2. tawaf pun pegang ina sampai berpeluh, lenguh tangan dont care. Ina sangat determined okay , jadi bolehlah letak keyakinan pada dia.
badal umrah utk abah dan ma juga terlaksana. since ustaz mutawwif tu akan guide 3 kali je. lain2 tawaf sunat nk buat sendiri terpulang. ina ajak buat setiap level. mak aih, level atas tu lenguh sungguh, badan tak fit, tapi xpe atleast merasa.
takde visit mana2 pun, pakej ni tak pergi taif. ade pergi bukit uhud sbb nak gi tempat miqat je. ok la boleh tengok kawasan arafah, masjid2 sejarah islam semua tu.
apa yg bawak balik? ade senaskhah Al-Quran yg diberi masa visit tempat cetak quran di madinah aritu. ade jugak sedikit cenderahati kepada famili dan rerakan. semoga dapat pergi lagi nanti. oh sblm lupa, aritu tak dapat naik jabal rahmah, tutup. doa kat bawah je. orang smua pesan suh doa jodoh kan kat situ. redha je, mungkin bukan rezeki jodoh aku dengan berdoa atas bukit tu. Allah Maha Tahu.
Aku pun x sangka akan buat umrah tahun ni. tapi sekiranya kita ada keinginan dan bajet, mesti akan ada jalan. Allah jemput insyaAllah.
(nanti kalau aku ingat2 lagi kisah spnjang kat sana, akan tambah juga entry 3 parts ni untuk imbasan kemudian hari..InsyaAllah).
No comments:
Post a Comment
dah tekan kena laa tulis.