terdengar desus desas..
orang berbunyik..
ayat2 saya dalam email rasmi itu terlalu skema..
tak rasmi pun kdg sama juge.
beriya2..
dan kepanjangan ayat menampakkan kerasmiannya..
setiap liku cerita yang mahu disampaikan itu dikupas sebetulnya..
maka, diorang khuatir saya akan merejek maklumbalas mereka.
lantas mereka mengambil keputusan untuk hanya berurusan dengan kakak disebelah bilik saya sahaja.
bukan maksud saya utk menjadi seperti itu.
tapi, saya ini 'puitis' orangnya.
saya risau apa yg saya maksudkan tak sampai kepada si penerima.
maka akan terjadi salah paham dan korg dok tepon2 balik menanya..
jadi, saya hujahkan semua dalam makluman tersebut.
saya tak dapat A1 pon dulu BM..
saya pun bukan ahli persatuan BM dulu..
mungkin anugerah tuhan kepada saya.
tak, tak susah pun.
asalkan apa yg saya nak korg paham, sampai.
korg je yg fikir merapu2..
mcmane mau saya terangkan semua itu ye?
No comments:
Post a Comment
dah tekan kena laa tulis.