pre-mood raya


zakat dah bayar.
bonus dah masuk.
duit raya dah tukar.
cuti dah apply.

cuma menunggu kuih raya.
dan isi borang keluar hari khamis since MJ nak gerak awal dari ofis nak p amik adinda di Shah Alam.
harapnya takda laa sesak sangat. harap boleh gerak keluar KL sebelum Isyak.
kena solat hajat kot untuk keselamatan perjalanan.
insyaAllah.

sbnrnya mood raya baru 12 percent.
baru di peringkat planning.

orang dok kalut dengar lagu raya saya masih dok dengar lagu Maher Zain..
yup, di bulan ramadhan ni banyak dengar lagu dia je..
I like lagu dia yg featuring Irfan Makki tu..

masih lagi bekerja macam biasa..tapi start isnin hari tu hadap mana yang ada saja.
pagi tadi masih lagi 'gaduh2' pasal nak betulkan proses kerja..
naik nak masuk tengahari masih attend meeting defend pembelian.
masuk ofis tadi kejap hantar statistik.
tu bertimbun nak kna semak lagi.
well, that's why lah you are paid, kan..hehe..
saya tak mengeluh ok, cuma mood raya dah memanggil2.

masih lagi bercerita pasal transfer campus.
org yg bakal duduk tempat saya skang ni excited sgt nak datang sini.
sampai ada sikit2 menimbulkan ketidak selesaan org sini.
saya tak da respon psl ni actually.hadap je la.
cukup masa, terima surat, saya bungkus laa barang2, keluar.
berat hati?
tang nak tinggalkan staf2 yang baik hati dengan kerja2 yang belum setel, mmg berat hati.
tapi kerja mmg xkan setel sampai bila-bila.
demi putaran kehidupan yang lebih baik (harapnya), kena lah kita menghadapi semua ini.

petang ni ade iftar staf2 ofis bersama family diorang.
this is the first time buat makan2 dekat2 time bulan puasa dengan diorang since nak masuk 5years i'v been here..hope everybody enjoyssss...

Ya Allah, berkatilah kami di muka bumiMu ini.
aminnn....

gambar hiasan: saya dan mak saya raya tahun lepas

2 comments:

  1. bukit besi laa mcLaa.tapi surat x kuar lg.
    slagi official letter xda, aku masih kat sini.

    ReplyDelete

dah tekan kena laa tulis.