seorang member lama menelefon sebentar tadi.
semasa saya mula melangkah naik adjustable chair kat depan dentist.
servis gigi.percuma.sapa xmo..hehe.
oke, soalan dia Karya Besar dan Karya Agung sama x?
tergamam kawan, mana laa pnah kawan dengo term gini gaya..
buka prof emeritus kawan ni..
ni kawan google.
besok kawan explain lah kat deme.
Dari: http://www.scribd.com/doc/55015597/Karya-Besar
KARYA-KARYA besar merupakan buku-buku berpengaruh yang sekurang-kurangnyamembuat orang berfikir tentang dirinya, tentang lingkungannya dan alam kehidupankeseluruhannya. Karya-karya besar juga adalah buku-buku yang mengusik ketenangan danmenyedarkan kita.
Contoh:
Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang LautTuhfat an-NafisSyair Ken TambuhanSulalat as-SalatinHikayat Raja PasaiHikayat Panji Jayeng KusumaHikayat AbdullahHikayat AcehHikayat Amir Hamzah
Dari : http://www.yayasankaryawan.com/
KARYA AGUNG ialah karya klasik yang telah meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa. Karya itu dapat dianggap sebagai pembentuk dan cermin budaya dan tamadun bangsa yang melahirkan karya itu. Ia melambangkan keunggulan daya cipta bangsa itu untuk membentuk tradisi dan identitinya yang tersendiri. Kita mengenal tamadun Greek, Cina, India, Mesir dan bangsa-bangsa yang lain melalui karya seni, pemikiran, falsafah, sastera dan dicetuskan oleh pemikir, seniman dan sasterawan zaman dahulu kala mereka yang mampu meninggalkan pengaruh yang besar dan kekal sepanjang zaman, dipelajari, dijadikan petua, dikekalkan atau dicerna oleh keturunan berikutnya sehinggalah hasilnya menjadi tradisi dan warisan bangsa hingga ke zaman ini.
nampak mcm sama aje ni..
kna study sikit sblum bagi pndapat.
salah bagi malu..
Oleh kerana kawan ni Pustakawan, kna laa tau benda2 ini..
:)
No comments:
Post a Comment
dah tekan kena laa tulis.