Bubye Vyonce

 i have decided to let go my vios for a new travel buddy.

banyak berjasa kereta ni.

bawak adik2 blaja, sempat juga travel last class master dulu, pergi konvo sorg2 drive seorang diri, kereta wedding besty, bawak arwah ma gi check up, transport beli barang kenuri, macam2 lah.




vios is good for a family btw.

I decided to be on my own, dan rasa dah lepas tanggungjwab adik2 dah besar, arwah ma dah takde, jadi bolehlah ikut citarasa sendiri. sblm ni mesti akan fikir kalau ma nk ajak gi situ gi sini, better aku standby kan.. tapi sudahnya, adik2 dah ada kereta dia xmo pun naik kereta aku sgt.huhu

..

smlm aku bid number plat kot haha.alhamdulillah, berjaya!

this time i did manage all, myself, myway. dua kereta sblm ni aku harapkan orang jek. kalini buat sndiri, lebih adventure.

semoga Allah sentiasa ada denganku. Aminnn.

a fren to remember

 


selepas dia decide nak pindah kampus few months ago aku rilek lagi even ade lah terasa sebak dihati member ngeteh dah makin kurang tapi arini terasa berat plak. ade 28 hari lg dia nk pindah. sememangnya begitulah hidup. we all have wings to fly. jadi pergilah memana yg kita rasa happy utk stay, even in family we travel leaving the nest, lagikan tempat bekerja, bolehlah fly ke mana-mana bila dah tak selesa.


tak selesa ni banyak faktor, kita takleh pandang satu side sahaja. kawan boleh dicari, majikan juga boleh dipilih kalau terpaksa.mcm dia kata, masih dalam uitm, we still under the same roof.

thanks for being my fren selama 2019 till now. 
and all the best untuk akan datang.
semoga jumpa kat syurga.

huhu.

Umrah: Part 3

 Sebelum lupa, meh kita cerita pasal perjalanan ke Mekah.

Perjalanan dari Madinah ke Mekah amik masa dalam 5 ke 6 jam. aku tak pakai kain telekung lagi tapi pakai jubah seluar putih sesiap. kita akan lalu miqat Bir Ali. berapa kali tersengguk sebelum sampai. dah gerak pun petang, mmg sampai kat Mekah dah waktu isya'. aku x pening mabuk bas sepanjang perjalanan. tapi bila sampai Hotel Al Miqat Ajyad tu, bas stay condong lama sgt sbb tunggu bas2 lain que nak turunkan penumpang, memang turun2 tu terus muntah tepi jalan. jakun overload.

ustaz bagi masa 2 jam untuk bersiap sebelum kita buat 1st umrah. so naik hotel, makan sikit, pastu aku mandi wajib skali lgi nak betul2 bersih dan yakin. ingat kita dalam ihram, jadi mandi wajib tu jangan nak gosok gambut beria, skadar lalu dan yakin. banyak jugak tengok utube ceramah kata ustaz don jangan kau tilik kat towel, kat saluran air semua mana rambut kau gugur. jangan sikat rambut. ok settle smua tu kita berkumpul depan masjid, nak masuk buat tawaf kena tunjuk apps Nusuk tu. mcm booking kita masuk pukul berapa. beb, aku kagum dengan doa supaya dapat jaga wuduk. memang sepanjang tawaf kita ok takde rasa nak terbatal wuduk walau 7 round. since pakai telekung xda lah nak bersentuh tanpa berlapik dengan bukan mahram. berasak tu ade lah. cumanya mutawwif yg bawak kitorg tu, dia tak guide sgt. dia hanya cerita pasal niat yg wajib2 je, pastu tawaf then solat sunat tawaf, berkumpul di pintu mana kita nak gi saie. mungkin dia taknak tambah stress nervous dan anxiety kot haha. tapi dia ckp la kalau bersentuhan pun kita pakai mazhab lain yg membenarkan tawaf je sampai sudah. cuma nak solat tu kena amik wuduk lah. saie lagi la mudah xde apa2 rules, cumanya aku xde sediakan doa since pakej lama yg aku amik previously dia kata nak bagi buku doa. terkial2 mencari doa dlm phone.

siaplah first umrah untuk diri sendiri pada waktu malam 11.30, 1 februari 2023. takleh gambarkan perasaan happy time tu. x leh imagine juga kalau time tu xleh solat, mmg kena gi cross miqat seorang diri. omg Allah masih sayang.

Dekat je hotel tu dengan masjid, cuma masjid tu ada banyak pintu. kadang konpius. orang smua ingat aku orang indonesia-jawa. takde pulak yg kata aku dari vietnam / philiphines. haha. sembang dengan diorang mcm2 terlintas di fikiran.  raikan je pelbagai mazhab di sini. ade yg solat tak pakai stokin, rambut keluar2, solat sambil dukung anak.macam2 cara ekspresi ibadah semuanya kepada Allah yang Satu. kalau tengok yg tua2 dan tak larat (pada kita), insaf, apa je alasan kita utk tidak beriman kepada Allah. Aku stress bila ade member btau gi umrah belum tentu masuk syurga. Ya benar, tapi apa input yg kau dapat kat sana yg boleh kau bawa sepanjang hayat kau itu adalah paling perlu, pada aku. penzahiran yg kita ni Islam, mampu kan. kalau tak mampu lain cerita, atau ade niat tapi belum dapat seru. jangan plak condemn orang yang ke sana. diam2 saja lah. 

So sepanjang di Mekah, boleh solat seperti orang lain. masa begitu cepat berlalu. orang memang ramai, tapi yakinlah ade tempat untuk kita dalam ramai2 orang tu. makan kat hotel seriously tak menyelerakan, makan sekadar isi perut saje. sbb tu boleh solat badan ringan semua. minum air zam2 je sepanjang kat sana sbb free flow. ade jugak mintak ina temankan gi DSaji kat dalam mall tu, tapi ye lah, orang takkan nk teman kita hari2. aku beranikan diri je pergi sorang.tawakal saja. padahal akulah insan paling takut jalan sorang2. tawaf pun pegang ina sampai berpeluh, lenguh tangan dont care. Ina sangat determined okay , jadi bolehlah letak keyakinan pada dia. 

badal umrah utk abah dan ma juga terlaksana. since ustaz mutawwif tu akan guide 3 kali je. lain2 tawaf sunat nk buat sendiri terpulang. ina ajak buat setiap level. mak aih, level atas tu lenguh sungguh, badan tak fit, tapi xpe atleast merasa.

takde visit mana2 pun, pakej ni tak pergi taif. ade pergi bukit uhud sbb nak gi tempat miqat je. ok la boleh tengok kawasan arafah, masjid2 sejarah islam semua tu. 

apa yg bawak balik? ade senaskhah Al-Quran yg diberi masa visit tempat cetak quran di madinah aritu. ade jugak sedikit cenderahati kepada famili dan rerakan. semoga dapat pergi lagi nanti. oh sblm lupa, aritu tak dapat naik jabal rahmah, tutup. doa kat bawah je. orang smua pesan suh doa jodoh kan kat situ. redha je, mungkin bukan rezeki jodoh aku dengan berdoa atas bukit tu. Allah Maha Tahu.

Aku pun x sangka akan buat umrah tahun ni. tapi sekiranya kita ada keinginan dan bajet, mesti akan ada jalan. Allah jemput insyaAllah. 

(nanti kalau aku ingat2 lagi kisah spnjang kat sana, akan tambah juga entry 3 parts ni untuk imbasan kemudian hari..InsyaAllah).

Umrah: Part 2

hai, baru nak sambung cerita 😊.

24 Januari 2023, Selasa, bergeraklah aku ke KLIA 2...dihantar oleh kakja dan anak2, dan Arif. kat sana jumpa dgn kawan2 berlima tu. flight pkul 4.30 pagi Rabu. ada drama sepanjang perjalanan KLIA 2 ke Jeddah tu. aku nya lupa makan ubat travel sickness. ubat mmg dah letak dalam bag, nk tunduk amik beg pun tak boleh weyh. aku tahan je 9 jam. nk tdo pun tak boleh sgt. biasa lah Air Asia X, jarak antara seat pun terhad. orang lain suka je duk sblh tingkap, aku mmg gayat fikir mcm2. pening yakmat. Alhamdulillah orang sebelah sangatlah baik, tolong urut ketuk2 blakang. aku mmg pegang minyak angin je spjg pjalanan. segala jenis doa lah aku baca. dengan period plak tu. semuanya menguji kesabaran.

Dia ada bagi meals dua kali. aku makan sesudu dua je. rasa macam Allahuakbar membazirnya. dalam flight tu ramai orang, separuhnya warga indon. dalam kepala aku fikir Allahuakbar semua orang mempunyai kisah masing-masing untuk ke tanah suci. mungkin ada yg bergolok bergadai, ada yang menyimpan seumur hidup. masing-masing dengan their own struggles. dan aku, yg macam ni strugglenya tak seberapa ni, nak argue nikmat apa lagi? best sebenarnya sbb semua macam tawaduk je, nak gi beribadah kan.

aku rasa sepanjang kisah perjalanan ke Haramain ni, semuanya berkisarkan sabar, dan tawakal. kerana keduanya amatlah susah untuk aku in person. biasa la, lain orang lain ujian. tapi kan, Allah tu Maha Baik, dia bagi crowd yg membantu sangat.

Sampai je ke Jeddah, xde la kena beratur panjang sangat. Alhamdulillah sesampai je aku rasa nak jerit Alhamdulillah Yeay Sampai!!! Alhamdulillah juga boleh bangun berjalan selepas mengharungi pening mabuk naik kapal terbang (biasa laa kita orang kampung hahaha). Mutawif bagi meals lagi sebelum bergerak ke Madinah. Naik bas persiaran, dalam 6 jam. berhenti kat R&R utk solat, dan refreshment, dan teruskan perjalanan. 

Tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata perasaan berada di bumi madinah. bumi dirahmati, bumi di mana Nabi Muhammad pernah berada di sana. Tak habis2 aku berterima kasih kepada Allah kerana jemput aku. Alhamdulillah.

Di Madinah kitorg stay sehingga 30 Januari 2023, Isnin. Sepanjang tu juga aku period. MasyaAllah. sempat la jugak solat di Masjid Nabawi separuh hari 30 Januari tu, sebelum gerak ke Mekah. Itu pun aku xtau nk describe camana. Allah saja tau. Aku siap mintak doa kat Allah melalui Rasulullah (dapat ajaran dari blog siapa ntah). sedih tau bila aku ikut kawan2 gi solat subuh tapi duk luar masjid, waktu lain aku duk pusing masjid. ade la jgk Allah datangkan idea sedekah kecil2an semampunya. selepas sedekah tu aku terserempak dengan jemaah kat lif yg bawak satu plastik besar goodies yg dia dah pack dari msia siap2. jadi terlintas di fikiran alaahai sedekah aku sikit sgt nk dibanding dengan diorg. 

beribadah kat Masjid Nabawi dan Madinah terasa tak puas. hari last kat Madinah dah boleh solat. orang tak heran kalau kita solat dan mengaji dengan berjuraian air mata dlm masjid tu. semua faham. berbual dengan orang turkiye guna apps since aku gi sorang je ke masjid, dura ngn ina gi kendian. aku gi jugak kat pintu 33, kat laluan Raudhah, tengok orang bersesak. sebab dah pakai apps mmg tak dapat la nak masuk, dah lepas tarikh. ade je orang cerita kat blog masuk redah camtu je. tapi x berani, aku tgk dari jauh je dan berdoa smoga boleh datang lagi masuk raudhah dan berdoa+solat sunat macam orang lain. kadang terlintas jugak benda2 negatif, tapi aku yakin dengan Allah. takde apa yg berlaku bukan dengan izin Dia. Kalau kat tanah air period itu biasa saja, masakan di tanah suci period itu kira orang2 berdosa? takde ke orang arab datang period kan? tuhan saja tau aku mandi wajib setiap waktu solat, kira kosong je pad terus mandi kau..tiba ada, mandi lagi. last2 kan memang camtu kalau kat sini pun. terpaling banyak mandi wajib ialah kat sana.


Madinah bumi yg tenang. sejuk dan menyenangkan. orang ramai tapi tenang. xdapat nak gambarkan camana dan mmg tak sama dengan mana2 tempat yg pernah aku jejak. Bertuahnya aku dapat sampai sana. moga dapat datang lagi time sihat. boleh beribadah mcm orang lain. semua ke sana dengan satu niat, ziarah rasulullah dan solat dengan berganda pahala.  Idura celebrate bday di Madinah. kita celebrate dengan kek yg sememangnya berbeza rasa dgn tempat kita. telan je lah durt. 

dalam pukul 3 petang bergerak ke mekah dengan pakaian ihram sbb nak lalu tempat miqat. i was blessed bila naik bas semua jemaah dlm group tu peluk (yg pmpuan je la) bila tau aku dah dpt solat. Allah sayang. Alhamdulillah, kerana tujuan utama ialah umrah. terharu laju2.

dengar talbiyah menuju Mekah, sayu dan kagum dengan kebesaran Allah. gentar hati beb. lain feeling dia.

next nak cerita pasal ke Mekah plak. supaya boleh baca kendian hari dan ingat kisah ni, mengimbau kehidupan.


Umrah 2023: Part 1

 Umrah.
Nak cerita pasal perjalanan Umrah 25 Januari - 4 Februari 2023.

Tahun 2022 aku dah ada niat nk pergi umrah.
Dan betul lah apa yg dikata apabila kita dah berniat yang lain-lain tu dia akan datang sendiri. nak pergi dengan famili sendiri semua ada commitment. lagi trigger nak gi bila kawan2 ade yg pergi DIY. mcm nak putus harap. tapi one of myfren, Jema tanya nk ikut famili dia tak. bila aku on je, semak dengan agent dia, dah full. pulak dah. pastu aku mcm, tak pe lah. kalau ada rezeki, aku akan follow je lah sesiapa nanti. so the niat ditunda dengan harapan.

pastu one day, Ina mesej tanya nak ikut tak, dia nak pergi dengan dura. dura dah cari semua blaa..bla..just prepare apa yg patut je. so aku pun setuju. see..aku rasa kalau dah ada niat, semua tu akan datang sendiri.

jadi bermula lah aku mencari celah lubang mana bajet yg ada. yg ada paras2 hidung saje. cari punya cari, ade lah sikit2. aku tawakal je, rezeki Allah nt insyaAllah ada. kena percaya saja. jangan buat cemas tak tentu pasal. selain dari harga pakej, isu kos utk travel, bukan hanya umrah, adalah merangkumi persiapan (lain laa kalau jenis kat Malaysia pakai jubah sentiasa, tudung ready to solat, ecetra2). Semak passport pula dah expired, kena gi renew pula, cucuk vaksin, tiber amik gambar passport background putih, dan sebagainya. Mana-mana nk buat persiapan, google checklist apa nk bawak, termasuk ubat-ubatan. ubat travel sickness jangan dilupa (omg yg ni aku mmg lupa aritu..huhu).

ok, lepas dah confirm dari segi bajet, pastu bila dura btau nama agent tu Ikhlas.Com. aku macam "errr..tak pernah dengar pun"..takde lah aku cakap ngn dia. tapi aku percaya lah mesti dia dah buat research dan study dlu, dia pun nak spend ribu riban jugak kan. company ni bawah Air Asia. berminggu jugak weyh nak yakin. aku semak MOTAC-Umrah, semak nama agent. tenung website dia semua. aku cari2 testimoni tak jumpa tapinya. scary tapi tawakkal. dan kalau family tanya kena prepare lah beberapa jawapan. dan memang ye, bila aku cakap kat abang aku soalan pertama bawah company gapo tu? bakpo x gi dengan itu ini bla..blaa.. sbb isu kat media yg tipu jemaah gi haji aritu la kan. itu baru abang, kakak, abah dan pokcik2 aku pun ade tanya dengan curious, tapi aku tawakal je lah. aku yakin dengan dura sbnrnya haha. yakin jugak lah dengan Allah.

so untuk payment dia ade 3 kali pembayaran. deposit RM 500, pastu separuh, then sparuh dari pakej. oh satu lagi, melihat kepada pakej Hawa tu dinyatakan hari sekian-sekian, pastu semua memang ladies tak perlu mahram, dan ade la aktivti shopping dan ziarah yang kita ladies akan rasa ok dan happy di samping nk gi beribadah kan. so, lagi tertarik. the pakej cost RM 7, 990. 

cerita pasal payment, 2 minggu nk pergi tu ada isu harga hotel sana naik. pastu kita nervous dah ni. dalam hati ni, kalau naik banyak aku x pergi dah. takkan nak meminjam bagai..kan..tapi takde isu tu. cuma sminggu nak pergi tu agent ade btau pasal tarikh yg nak pergi (pada awalnya) 1 februari tu ade isu..flight balik xde. jadi dia bagi tarikh 25 januari atau 14 februari. dua2 tu decide nk gi awal. aku dah cuak, tapi aku tawakal ikut je lah. 

sebenarnya isu cuak tu sbb aku dah atur period dengan klinik sini. by the time nk pergi 1 feb tu suppose aku clear period. lagipun aku duk delay2..masuk januari baru aku gi klinik sbb period aku tiba delay. stress macam2. tapi skali lagi aku tawakal.

memang weyh, aku memang tawakal je spjg kisah umrah ni. berserah dan bersangka baik je. jangan nak salahkan sesiapa. diri sendiri yang jahil.

bila dah diawalkan tu, lagi kalut la. aku ni ibadah persediaan ntah ke mana. duk beli barang2 je. kursus umrah pun online sekali je. lain2 aku baca buku sikit2 dan tgk youtube je. aku sbnrnya duk harapkan buku panduan dia nk bagi tu kununnya, at the end, memang gone aku google stiap kali ibadah yg aku x reti. bak kata ustaz Don, semua tu ibadah fizikal, cuma ade je doa utk panduan.

beb, tukar tarikh tu sbnrnya tukar pakej skali oke. so aku dapat refund lepas balik tu RM 500...memang tawakal sungguh. dia bagi la bag 2unit, bag sandang dan bag slipar. aku ok je sepanjang pergi sana. nanti sis story jugak apa kisah2 di tanah haramain sebagai tatapan masa depan. oh satu lagi, semua persiapan dan perbincangan dengan travel agent ni smua online, kursus umrah pun online..kalau mak2 ni memang agak sukar lah nk lepas. itu pun pakcik aku suh gi tengok ofis dan orang yg deal tu depan2. aku macam insyaAllah oke kot. hehe.



Rombongan yg datang hantar pun sedih lebih2. aku nk gi umrah je lah. hehe.
Pengalaman umrah sememangnya suatu yg di luar bayangan aku. sebagai umat Islam yang semua mengimpikan datang ke tanah suci, aku sampai termimpi2 berada kat sana seminggu selepas balik 4hb tu. aku memang ke sana tinggalkan semua kisah kerja, kisah nak berhias semua (tapi takde la sampai comot), kisah duniawi lah pendek kata..

semuanya rahmat Allah. tiada yg akan berlaku di luar pengetahuan Sang Pencipta Yang Maha Mengetahui. memang semua yg dah pergi sana berharap akan pergi lagi. so am i. Semoga dijemput lagi sebelum mata kabur, kaki tak larat, energi faded.. May Allah bless.


Labbaykallah humma labbaik....

..(bersambung).  


kena langgar

 semalam kena langgar belakang kereta bumper jatuh tapi x teruk. cuma calar dan buruk dah nampak.

aku tatau apsal aku mudah sangat smlm, mgkin sbb penat.

amik no phone je, terus aku balik.

pastu baru nak fikir.


masa susah camni mencari kawan2 utk tenangkan. dan seperti biasa, kawan yg diharapkan sememangnya dia buat tatau je. patah hati betul.

sememangnya kena survive sndiri.

semoga Allah permudahkan. Aminn.

Penantian

 mood swing pagi2 ni.

masa mood tak berapa nak elok kita memang cari kawan. bukan nak suh dia solve apa. nak suh duduk atleast makan sama-sama. atleast ada depan mata. bercakap dengan kita. and show some concern.


tapi tu la. adakah ini mengada?

kadang kita tak mintak banyak. itu je yg kita minta.

itu pun tak boleh.

dah tatau nk rely dekat sape.

tu je nak tulis.

tahun baru

 pejam celik dah 2022.

dah bertambah umur, bertambah usia, makin sikit2 Allah tarik nikmat agar sentiasa ingat Dia.

Bila bercerita tentang nikmat, boleh relate dengan ma sedikit sebanyak, sbb arwah je orang paling dekat dengan aku, yg nampak susun hidup dia dari skop mata aku yg terhad ni. Bila satu tahap akan cepat penat, cepat mengalah, mata dah kabur, makan dah kurang selera, nak pergi mana-mana takde keinginan. 

aku ni sbb takde geng nak buat apa2 xtvt, jd malas. jadi semua benda terhad. kalau contoh arini plan nk gi window shopping mall, tiba2 boleh je cancel sbb fikir sama saja sbb seorang jugak, baik duk rumah je. 

rasa excited tu boleh jadi tak excited. dalam sekelip mata sahaja.

#lonelymadness

kelmarin ada seorang kawan ni dia ke Mekah. dia tanya nak doa apa. mulanya aku ni susah nk cakap, segan pun ade. tapi aku senaraikanlah juga. semoga dengan ikhlasnya dia bertanya dan berdoa utk aku, akan dimakbulkan doa tu.

kehidupan yang recently 'alive' selepas ma takde, tiba jadi kurang gembira. aku tengah motivate diri aku, untuk fokus pada yg ada, jangan kejar benda xde.

begitulah hidup sekarang. 

tiada jaminan

 hai, dah bersawang blog ni.

aku masih menghitung hari kehidupan diberi Allah, kadang penuh kesabaran, kadang tidak. biasalah, aku manusia. semalam pagi2 dapat berita sorang sahabat kematian suami dalam tidurnya. cuba ko bayangkan semalam tengok tv gelak2 sesama, tiba subuh kejut tak bangun. mesti terkejut tatau nak buat apa. shock segala. dia ada anak twin sorang laki sorang pompuan. Semoga ko tabah beb.

yang sorg lagi sahabat aku texted inform husband dia positive covid. mak dia yg duk skali pun kena swab tengok kputusan skali sbb diorg duk sama. mak dia ni dah berumur. Allahu. takutnya.

hidup ini tiada jaminan kekal. semuanya dari Allah. diorang lagi lah, suami. yang dah ikrar dengan Allah nak jaga dan hidup sesama. kita yg xde ikatan hanya dengan 'chemistry' pandangan mata kasar je ni, apo je jaminan. arini gaduh, esok send sticker lucu kat whatsapp, settle. pastu gaduh balik. apo je yg ada?

ye, aku masih sorg. aku ikut flow Allah bagi je. flow dia tu pun iye jugak. takpe lah, asal ada flow. walaupun kadang arini dia cakap, esok dia dah lupa huhu. skali dua ko buat, nampak comel. tiga empat kali ko buat, tak nampak dah bayang beb. huhu. 

Allah jawab doa kita, mengikut kesesuaian. pada aku lah. mungkin kala diikut saja apa yg kita nak, mengarut sekali hidup kita ni. right time, right place. bila tenung balik hidup kita, oooo...ok faham. tapi aku ni, time faham, fahamlah. time nak mengamuk, kurang lah sikit kefahamannya. kadang matang kadang tak. sbb tu kawan tu malas layan time tak matang tu. time tu lah amukan semakin gila. bila lama sikit baru dia text balik hahaha. cepat mngamuk, cepat jugak sejuk. haih, aku pun tak faham diri aku ni.

abah sihat, alhamdulillah. kitorg semua rindu ma. bila adik2 dapat kerja, atau aku sndiri ade benda baru yg dibuat/dapat, kitorg memang akan report dengan happy kat ma, melalui vid call. so boleh tengok muka dan reaksi dia. dia akan cakap "hooo..mujurlaa...". semua berkat doa dia dan abah. so skang aku mcm tak abes2 duk mintak doa abah. kadang mcm paksaan pun ade jugak. mcm giler doa lah plak kan aku ni ..haha. tapi siapa lagi yg paham kita kalau bukan famili. depa dah biasa. aku ni nampak je kuat, tapi 'giler' lembik jiwa.

semoga covid ni pergi jauh2. aku dah bosan. dan sejak semalam, kawasan penempatan aku dan ofis ni kes naik mendadak. so memang boss dah cancel next week masuk opis. sambung lah duk umah sorang2. haih.

tu lah kan, kita ni kadang2 faham, kadang2 tidak.

tolonglaa Allah amik semula covid ni. kami dah insof.huhu.

raya

well, at this moment, aku masih seorang. haha.

and i am okay. baru habis raya, Alhamdulillah boleh balik kg raya ni.

tu je nak kabor.

faded?

 aku tak pasti sebab aku PMS ke aku banyak fikir benda yang bukan-bukan.

instinct aku lah lately, mcm that one put a gap for us to communicate. well, aku tau life is a roller coaster. tak selalunya manis-manis. but then, selepas aku query ketulusan hati dia tu, dia macam dah slowly stop. well, slalunya instinct aku ni 50% betul. but i dont know this time.

aku ready dan redho je this time and future. penat.

semoga Allah membantu aku memahami perjalanan hidup aku yang sebenarnya aku rasa simple je, cuma yang complexnya adalah aku.

amin...

tak faham

Hi, today is 6th Dec. birthday abah.
so semalam kita buat vid call reramai wish birthday abah.
padahal birthday harini. mcm biasa family aku, birthday tak celebrate sgt, tapi wish tu ada.

well, actually aku bukan nak tulis pasal abah.
aku nk cerita pasal diri aku ni ha.

pernah tak rasa lost? ye.. dia bukan lost yg mcm hilang arah tak ketahuan tu.
dia mcm tak get feet on the ground. memanglah apa2 kembali kepada Allah.
it is just like org marah tapi ko suh sabar. tak jadi beb. you need to explain more.

well, situasi aku ni. aku tak faham banyak perkara.
tapi diam2 selalunya Allah akan membawa kefahaman dalam pelbagai bentuk. 
oleh kerana things i got attached to tak selalu stay, dia akan jadi tenggelam timbul. 
tak pasti sampai ke tak words aku ni. tapi itulah yg aku rasa.

PKPB semalam dah dilanjutkan tapi syarat pergerakan dilonggarkan. 
aku mmg tau even aku bercuti pun aku xtau nk gi mana. tapi nak bercuti.
aku mcm nk gi bercuti sorang2. try la dekat2 je dulu.
kental ke tidak taktau.

ok, gerak lu. pape roger.

rohani

 you  love in different ways when you know God.

i saw this quote few days ago at IG. betul, kita akan memandang sesuatu dengan perasaan yg berbeza bila kita kenal dan faham cinta yang Allah dah beri kat kita. tapi aku ni kadang2 tak faham juga. susah sikit bila kita nak pujuk diri untuk faham ni. mengaji alQuran, pun kdg2 tak absorb. solat tapi fikiran tak fokus. benda basic ni pun kita susah jgk kadang2. sbb tu org yg baru Islam feeling dia kepada Allah better than kita yg memang lahir Islam ni.

kita memerlukan sentuhan rohani. yes, rohani. 

bukan bleh dapat bila kita sorang2. boleh ke kita dapat dengan membaca dan faham je? boleh ke dapat dengan menonton ceramah di TV saja? 

Didoakan semoga dipermudahkan kehidupan dengan penuh cinta Allah kepada kita sampai mati.

Amin..

his mom

actually, i dont know should i jot down this thing here or not.

but if jadi, benda ni akan jadi kenangan manis. if tak jadi, msti taknak igt.

semalam this guy asked me to drop him at his home since his car masuk bengkel. and i just gave him a hnad sbb dekat je kot umah dia tepi pantai ni je. and i was, ok let's! yang dia dtg ofis satu hal dah staf nampak so buat tatau je (berani bercakap lebih2 tolak SKT hahaha). then dia ckp uturn je lah kat laman umah dia xperlu reverse. pastu tiber "jom lah jumpa mak!". oh mai god aku mcm erk...tapi kalau blah camtu mcm x elok plak. ma slalu pesan hormat orang tua jgn malukan dia nt org cakap ma tak ajar adab. so sis pun masuk lah bersalaman and had little chat. giler mcm nak luruh jantung tapi control je lah.

balik tu sis nangis omg rindu ma. teruk kan. he texted as usual. lately kerap pulak msg. sebelum ni pun daily but not frequent. pagi, then ptg pastu lost. atau kdg petang je.

nak kata nak berbunga dia bawak jumpa mak, previous pun bawak je jumpa mak, tapi biasa je. tapi yg luar biasa "next time mak dtg kita pergi makan sama" omg sis tatau apa dlm fikiran this guy. weyh, jgn la buat surprise tanpa diskas, sis segan.

he, in my thought, has his own charismatic way to make me like him day to day. not that much goodlooking but neat and tidy, not that humorous but still kelakar in his way. yg takleh sangkal he is very criticize but smart. i loike. 

sebagai seorang manusia, mestilah sis sayang.

Ya Allah, please guide us to ur way. Amin..

mess

kita akan kelihatan mess bila hilang kawal.

hilang kawalan untuk mengawal keadaan, cara kita berfikir dan kendalikan situasi. kerja, hidup, berkawan, mahupun apa2 disekeliling. terima kasih kepada yang teringat dekat aku walaupun sekadar sekelip mata, ataupun waktu yg lebih pendek dari itu. yang sentiasa ingat apatah lagi.

ada beberapa kekecewaan dalam seminggu ni.

mungkin sebab emosi aku. mungkin sebab keletihan (seperti kata #jiran40pintu). bila dia bertukar menjadi seorang academician, aku akur semua benda dia cakap atau tulis. bila dia menjadi seorang #jiran40pintu, he looks like so caring and lovely. huhu. how cant i dont fall to him (and dont ask me what and when and how this 'fall' would be).

aku rasa aku nk period. tgk dia bersembang dengan 'orang lain' aku mcm slowly undur and turn myself to others. jeles mungkin, atau apakah. sampai dia tanya ok ke tak? hahaha.. teruk betul emo.

semoga kejadian lagi 3 bulan ke hadapan ni elok2 saja.

2020 changes my life 360. and of course i miss ma, a lot.

semoga Allah ampunkan dosa2 ma, cucuri rahmat ke atas rohnya, tempatkan dia di syurga.

amin..

reset

 day 30 without ma around but still and always in my heart.

memories bersama ma, susah senang dari kecil hingga besar ni sentiasa bermain-main di kepala. aku bukanlah anak yang baik sangat tapi sedaya upaya aku dah cuba membantu dan menjadi anak yang berguna. kadang2 gaduh perihal kecik2 tu biasa, fitrah aku yg suka melawan cakap. tapi inshaAllah setiap hari doa untuk kedua ibubapa tidak lupa.

Aku dan ma berkongsi sakit yang sama. eczema. cumanya teruk tak teruk je. A'uzubillah for the cancer. slalu kalau sakit2 biasa mcm demam (aku x selalu demam teruk), mmg dia akan concern. well, bila dah usia 20s ke atas ni, strength datang hanya dengan kata tanya; tanya khabar je. dengan abah kurang sikit. kalau aku batuk kuat sikit, abah just akan suh ma gi tengok. pada aku mungkin sbb bising dan menyusahkan. aku tak suka menyusahkan. 

kisah hidup aku mmg tak smooth sgt. i was and am still struggle to being useful to everyone dalam family. bila yg dah selalu ni, orang kadang mcm ah-takpe-aney-ada, tanpa tanya susah payah kita sbb selalunya kita mcm ok je selalunya. jangan. jangan terlalu selesa dengan org-selalu-ada dengan buat derk je sbb tau dah dia akan ada. kita manusia berperasaan. bukan nak diangkat, tapi....

manusia yang baik adalah yang bermanfaat kepada org lain, terutamanya keluarga. buat kerana Allah, inshaAllah. aku dulu stress jugak sbb my face looked like family abah whom famili aku x suka sgt. Selalu kena buli. bila dah besar2 ni, aku banyak membaca benda2 berkaitan minda. betul weyh reset minda prof muhaya tu menjadi. aku skang tak nangis pun igt kat ma sbb aku reset mind ma hidup tenang di alam satu lagi yg mana kita pun akan ke sana. kirimkanlah doa dan pahala bacaan quran untuk dia. tapi kdg aku banjir jugak, slalunya lepas solat. depan org alhamdulillah lagi stkt ni.

takkan ada org yg akan sayang kita mcm mak syg kita. itu aku percaya. 

semalam #jiran40pintu bercerita psl mak dia nk dtg. aku kdg terfikir dia x sensetif ke dengan keadaan aku yg takde mak ni, asyik cerita pasal mak.tapi pk balik, dia mmg camtu sejak aku kenal dari bulan 1 ritu. positif sgt ke aku ni?

skang smuanya natural. aku memandang semua benda dengan perasaan biasa. 

love all, trust a few.

kbai.

the loss and grief

 Hari ni 30 Ogos, day 14 ma kembali ke rahmatullah.

Al Fatihah (dibaca).


Mula sakit teruk pada day 1st raya haji, aku mmg tak sangka secepat itu ma akan dipanggil ke rahmatullah. terkejut tapi memang redha since aku mmg doa kalau Allah nk amik ma, mohon amik jangan bagi sakit, jangan menyusahkan dan mohon ampun segala dosa ma. dapat call 4.30 petang 17hb Ogos, time aku tengah rehearsel utk program Live pada 19hb tu nt. balik terus tarik2 je baju dlm gobok pastu pecut.

Sempat sampai pukul 8.15malam. memang aku pecut. xpernah bawak kereta segila itu. Ssempat juga mandikan arwah, pakaikan bedak di muka arwah dan mengiringi ke kubur. aku tak kesah aku sorg je anak perempuan kat situ. semuanya smooth, even sepanjang jalan tadi hujan. kat rumah tak hujan. Alhamdulillah. Selepas tu aku decide untuk cuti smggu, setiap hari spjg 7hari tu ke kubur paginya. Ma slalu tanya sblm ni kalau dia xde nt akan selalu tak ke kubur dia? akan selalu tak sedekahkan untuk dia? cerita pasal mati ni memang dah slalu keluar dari mulut dia sejak tahun lepas. dan hari ni, sepatutnya aku cuti untuk jaga dia. and this week spatutnya aku cuti. turn aku jaga. tak sangka, baru tinggal dua hari dia dah dipanggil Ilahi. Berat kot aritu nk tinggal, tapi sbb ikut giliran, aku nekad dtg kerja. aku ralat bab tu je. mcm "tergamaknya tinggalkan ma sakit" tapi aku cover sendiri dengan bisik di hati "kan nak gilir, bukannya tinggal". cumanya aku tak tau ma redha x aku turun rumah time tu. aku dah bisik kat telinga, kucup dahi dia cakap aku akan balik khamis tu sbb aku dah tinggal ofis 2 minggu. dia diam je.

lain2 aku dah puas hati jaga dia dihujung usia. 

ntah lah. aku mcm tak tau nk berfikiran mcmana. serba tak kena.

masa di tapak perkuburan malam pengkebumian, apa yg terlintas di kepala masa imam baca talkin ialah keseorangan di liang lahad, ditinggalkan keluarga, dan seorang diri menghadap malaikat.semuanya seorang diri. Ya Allah, ampunilah dosa kami.

yang selalu berbicara pasal ma masa dah takde is aku. adik beradik lain mcm senyap tak kata apa. masing2 mls layan perasaan. yang lelaki aku tengok layan perasaan di tikar sejadah saje. 

bila balik ofis, org takziahkan kita, aku just senyum dan terima kasih saje. ada yg cakap aku kuat dan mcm takde apa2 yg berlaku. abistu apa yg spatutnya reaksi aku harus pamerkan? perlu ke aku menangis depan org?

7 hari cukup untuk menghiba. di depan hari apa yg perlu adalah kuatkan hati menghadap liku kehidupan. keseorangan atau tidak, hidup mesti diteruskan. she might be gone from our sight, but not from our heart. be strong aney!


why

aku selalu perasan yg aku selalu menegaskan tak puas hati dan menagih support dalam mesyuarat.
bila pikir balik, why aku so stress? - sebab semalam tiba2 spoiled by mesej pagi2 yg menyemakkan.

huhu.

pelangi petang

last two weeks memang hari yang menyemakkan kepala dengan masalah orang lain.
dan juga masalah kerja-pencapaian etc. i was so nerve sbb KPI tak capai. life seems so miserable.
time tu plak pandai gi set time nak jumpa kan, memang aku hampir terbanjir depan dia lah kan.
esoknya tu dia datang bawak bubur ke rumah. melting kejap sis.
tapi terserempak plak ngan abang. huk aloh, memang gempar sekejap hati sis.

kerap plak jumpa lately.
aku tau dia bz, and still making effort to spare his time for me and i am very grateful to God for having him currently. tak pasti dia akan stay in my life or not, macam yg sebelum2 ni yang hanya pelangi petang. only Allh know how i am really want him to stay. even he is always with his muka ketat, no expression, but still full with advise and thoughtful words. always saying that he is the most complicated person among his circle, and no one could understand him. (well, uhurm..hello...! what the purpose of me by the way...).

"saya ada boleh bantu".
the words killing me since those words keep replay in my life, with different ways. orang yg cakap nk ada dengan kita tu just at the temporary momento, dan disappear with time. faded camtu je. as time goes by, kita yg terbiasa buat semua benda sorg2 ni akan mudah falling on lah kan once orang offer a hand..aku ni mudah cair sket.

aku tengah mengajar hati untuk take this as positive as i could, kuatkan hati. pelangi petang ni kalau Allah nk tarik tak sampai sekelip mata. tambah2 untuk yg fragile mcm ni. omg. let me prepare first.

RMO day 34

sepanjang pekerjaan aku di tempat baru ni, since 2013, ni lah first time aku clock in lambat.
dah terjaga masa alarm berbunyi.
pastu tiber terlelap, tjaga dah 8.10pagi.
omg, my bad. time2 lockdown camni dia boleh jadi camtu.

kerja banyak, tapi dua tiga ari ni malas giler.
esok kena ngajar online. tak prepare banyak. belom.
jumaat ni dah ramadhan.

know what, last 2 days, we 'planned' to prepare for ramadhan shopping.
aku xtau sbnrnya xbleh eh kuar and sembang dalam mart?
mungkin sbb tu dia nak cepat2. aku mmg xde nk beli banyak.
even tu sbnrnya idea aku. hmm..atlast, aku yg mcm tak puas hati.
dia tanya jugak "ok ke tak tadi?" ..aku naturalkan je.

pastu aku xtau lah sbb bz ke ape, dah xde modal nak sembang.
semalam tak msg beb sbb dia kata akan super bz.
spjg lockdown sbulan smlm je ari tak msg. arini taktau.
esok kena msg sbb kelas.

aku ni stress ke apa sbnrnya? huhu.