Tribute to TGNA

Malam Jumaat time duk santai2 depan TV sambil scroll FB, ttiba satu berita sedih yang membuatkan aku shocked dan  melafazkan Innalillah dan pejam mata.
biasa dah kalo bab2 camni yg sekepala dgn aku is kawan sepergaduhan nun jauh di sana. so update dia, gaduh jugak seayat dua.pastu trus dia tukar DP wasap gamba tokguru.
So after confirm2 smua pon kecoh kat group dan update media sosial semua.
9.40 malam arwah hembuskan nafas terakhir di kediamannya.
kebumi dalam sebelum pkul 12 jgak la.
org ramai yg bsama-sama attend pengkebumiannya.
semua berebut-rebut nak angkat keranda, nak sentuh kafan, timbuskan tanah di kubur.
Ya Allah.
bak kata matluthfi, arwah tokguru boleh berjumpa tuhan dengan apa yg telah arwah usahakan membangunkan Islam. kita? nak bangunkan diri sndiri pon laa hai.huhu

Meninggalnya Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, seorang tokoh ulama yg disegani oleh rakyat yang mengenali dan mengagumi keperibadian beliau. Sayu bila scroll FB sampai ke hari ini hari ke 3 beliau meninggalkan dunia dan kita semua, masih ada post2 nasihat di pinnedkan oleh frens.

aku tidak faham mengapa ia dilihat sebagai ketaksuban.
tidakkah kalian boleh melabelkan ia sebagai satu respek rakyat.
aku pon ade pernah terfikir untuk jumpa arwah since ramai yg mengatakan arwah tidak menolak sesiapa yang ingin berjumpa dengannya. tanpa temujanji okeh.
seorang pemimpin yg sgt humble.
ramai jgak kwn2 yg tahnikkan anak diorg dengan arwah sebelum ni.
and they proud to say that.
amik berkat org kabor.
mana nak cari org mcm arwah skang ni. ade, sikit-sikit saje.

Bila dilihat dari setiap patah dan kiasan, arwah banyak mengambil contoh simple yg ade di sekeliling hari2.. arwah tak bandingkan theory2 yang tinggi2 supaya kita yg marhein ni boleh paham.
itu pon org2 nak gelakkan dia.
huh..terasa tau aku ni.

sayu, sebak, itu saja yg boleh digambarkan.
harapnya sedekah alfatihah dan doa sampai kepada arwah.
terima kasih kerana mendidik kami rakyat kelate selama ini.
terima kasih kerana membangunkan kelate dengan turus agama.
mmg kdg aku diselar dengan benda-benda seperti ini.

"kata membangun bersama Islam, aku tgk sama je dengan negeri lain..ade jugak jenayah dan tak senonohnya"
"bunuh2 blaku gak kat kelate"
bla..bla..

then wat d'u expect?
dalam kelas agama skalipun, ustaz boleh mendidik.
mana yg keras hati didikannya tidak jugak masuk ke hati.
gitu la kiasnya. huh.
sbb negeri pemb*gkang so nk dibiaskan?
aku malas nak tau politik2, cuma jgn nak kutuk org2 pengamal Islam yang memperjuangkan Islam, bukan nak memerintah sbb kuasa.
lantak ko lah nk parti ape.
niat memerintah sbb nak memimpin org supaya tak tersasar.
aku tak suka sgt politik, nmpk mcm memecahkan je.





aku tak kesah org nk panggil aku anak buah tokguru sampai bila2.
aku bangga.
aku bersyukur dilahirkan di negeri itu.
walau kadang2 org cakap "eh, awk x mcm org sana pon"
ape ade hal.
kelate bukan pada muka, bukan pada cara cakap, ia pada hati.
semoga muafakat ajaran Islam yang ditekankan oleh tokguru dan ulamak2 akan sentiasa menyatukan kita, bukan hanya di negeri kelate, malah semua umat Islam dan rakyat negara ini.

Allah, semoga Engkau tempatkan roh tokguru di kalangan orang-orang beriman.
aminn..


No comments:

Post a Comment

dah tekan kena laa tulis.