redha meredhai

*redha..*

satu tajuk yang berat untuk diperhalusi..
mungkin kita boleh sebut hatta berjuta kali sehari ~ saya redha dengan apa yang ditakdirkan kepada saya, walaupun blaa.blaa..bla..
tapi hakikat hati hanya kita dengan Pencipta yang tahu..
redha atau tidak kita ini juga dapat dilihat dengan tingkah laku serta perbuatan kita ke arah sesuatu..

saya sehingga kini masih terkenangkan arwah nenek saya, yg merupakan seorang yang sangat rapat dengan saya sejak wujudnya saya di dunia fana ini..
walaupun semasa hayatnya, selepas saya bekerja saya jarang untuk berjumpa arwah dek kerana tuntutan masa dan jarak, namun kami masih bertanya khabar.
oleh kerana keakraban itu saya rasa arwah masih ada. walaupun saya sentiasa meredhakan pemergian arwah..
*ada tak konsep 'redha' di situ?*





mahu juga saya berkongsi di sini.. pada dasarnya, saya redha dengan seorang encik ini yang mungkin perjalanan hidup beliau tidak seperti yang saya harapkan. dan mungkin saya hanyalah satu 'noise' dalam perjalanan hidup beliau.. oleh kerana saya yang menempel pada perjalanan itu, maka saya harus redha dengan apa jua akibat dan risikonya.. apa 'kesan' saya dalam hidup beliau saya tidak mahu tahu.. sbb saya pernah menyebabkan pertelingkahan beliau dengan org lain. maka saya perlulah untuk tidak menjadikan diri sebagai penyebab.. kerana saya selalu curse org yg berbuat seperti itu lahiriah mahupun dalam drama atau filem..
*juga dalam cerita novel*.


persoalannya, adakah saya benar-benar redha? saya bertanya cik housemate, mcmane untuk redha? *kami sentiasa berbicara hal2 intelek seperti ini dengan kaedah yg tidak serious *

cik housemate: kau kena biarkan dia pergi, dengan tenang hati. dan buka hati untuk org lain.. *owh!sangat sukar itu* saya: tapi aku rase mcm aku sudah redha, belum ek? cik housemate: redha lah sgt, minggu ni dah brape kali ko sebut.. saya: .............


mencari keredhaan ALLAH adalah dengan amar makruh nahi mungkar.. saya terbaca kat satu blog.


antara isinya ialah ELAKKAN BERKATA 'KALAU'..



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata: “Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku.” Tetapi katakanlah: “Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” (Hadis riwayat Muslim)



dah!jgan nak berkalau-kalau lagi.. bai!


*onleave esok sampai ahad..
ade program Ilmu Mengubah Destini di sekolah kat pasir gudang.wish us luck 'ol!... tqvm*

1 comment:

dah tekan kena laa tulis.